Sunday, October 10, 2010

My Family..

Inilah suamiku yang tersayang, Afrizal Bin. Hj.Ahmad namanya.Dia ni dah berusia 30 tahun tau....tapi still ensom boy lagi hehehehe.....Dialah segalanya bagiku hidup dan mati hanya untuk dia..cheeeeewwaaahh..











Ini cahaya mataku yang pertama,namanya Noorafiqah berumur 7 tahun. 
Suka sangat menyanyi,main game,menari.
Kadang-kadang buat aku geram dan tertawa.



Yang ni anakku yang ke-2, namanya Nor Afirahnisa, berumur 6 tahun. Dia ni lebih kurang macam kakaknya juga cuma dia ni lebih aktif sikit. Kadang-kadang buat aku sakit otak buatnya, bukan apa aktifnya tu kadang-kadang boleh buat kita sakit hati tapi dia budaknya bijak dan pintar... ha...tu yang menjadikan dia ni istimewa berbanding adik-beradiknya yang lain.



Ini pula anakku yang ke-3,namanya Nor Afiyyah berumur 4 tahun.Dia ni budaknya agak lasak,tapi lasak-lasak dia pun ada sikap penakut juga hahahaha..... kuat berangan pun sikapnya juga.Kalau di rumah hobinya suka buat kecah dan kalau pasal bab makan ni dia paling hebat!!!!!!!!!.Apa ja dia bedal.kalau nak tahu dia ni kuat sangat menyakat adik-beradiknya yang lain sampaikan baba dia pun naik angin,tak boleh duduk diam banyak sangat idea...walau bagaimana pun dialah adik-beradik yang paling comel sebabnya kuat makan hahahaa......



Ini pula anakku yang bongsu, namanya Affan Faiq baru berumur setahun lebih.Perangai dia ni  lebih dari kakak-kakaknya,semua dia yang kontrol al-maklum la anak emas baba......sorang ja.Semua nak manjakan dia.Kalau nak tau,perangai dia ni sebiji cam baba dia like father like son hehehehe....apa pun dialah pengarang jantung keluarga ku..

* By Suzainah Bt. Jakariah..

No comments:

Post a Comment